Mata pelajaran Sejarah sering dikatakan susah oleh para
pelajar masa kini. Mereka tidak memahami bahawa Sejarah amat penting untuk masa
dpan negara.Jadi mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah mereka pasti
mengulangi kesilapan orang kita pada masa dahulu. Dengan mempelajari sejarah
kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan
dan sebagainya. Setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui
latar belakang negara kita dan pembentukan negara malaysia itu sendiri kerana
ini merupakan sejarah negara kita.oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan
mempelajari mata pelajaran sejarah.
Mengambil
iktibar daripada peristiwa lalu merupakan kepentingan mempelajari Sejarah. Hal
ini demikian kerana, mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan
mengulangnya dan membawa kepada kejatuhan negara. Memetik kata-kata ahli
falsafah george santayana mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya.
Kesilapan orang terdahulu sewajarnya diambil berat dan bukannya dipandang
enteng sahaja kerana kesannya amat menyakitkan. Buktinya pada zaman pendudukan
jepun orang kita terdahulu hidup terseksa dan di bunuh tanpa belas kasihan
akibat mempercayai janji palsu jepun. Oleh itu, kita wajar mengambil iktibar
daripada peritiwa lalu.
Selain itu, mempelajari sejarah dapat menimbulkan rasa
patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, jika kita lihat
senario pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah
air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah.
Akibat daripada itu semangat patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat
kita terutamanya golongan remaja. Sambutan hari kemerdekaan juga sering tidak
diendahkan oleh para remaja hari ini kerana mereka menganggap sambutan itu
tidak mendatangkan apa –apa faedah sedangkan sambutan itu wajib diadakan untuk
menghargai jasa-jasa pejuang tanah air. Mereka harus sedar bahawa segala
kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira
negara kita.nama mereka sentiasa meniti di bibir pejuang negara kerana harimau
mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.
Seterusnya,
kita dapat menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum. Hal ini demikian
kerana, kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat. Negara kita
ibarat pokok dan rakyat kita ibarat akar. pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa
akar begitu juga negara kita. Jika rakyat bersatu padu, negara kita akan aman
dan stabil, maka, perpaduan dapat dikekalkan. Negara kita penah mencatatkan
sejarah hitam selepas merdeka iaitu tragedi persalahfahaman antara kaum pada 13
mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa dan perpaduan negara pada masa itu
ibarat telur di hujung tanduk. Selepas terjadinya peristiwa hitam itu, kita
mestilah sentiasa memastikan bahawa perpaduan antara kaum itu dipelihara agar
tragedi itu tidak berulang kembali.