Di malaysia, terdapat pelbagai pertubuhan sukarelawan yang
diasaskan seperti MERCY, KDN, RELA dan sebagainya. Pertubuhan sukarelawan
bermaksud pertubuhan diasaskan oleh bukan badan kerajaan atau NGO amat penting
untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. Pertubuhan sukarelawan
selalunya membantu mangsa-mangsa yang ditimpa bencana alam seperti banjir dan
tanah runtuh. Pertubuhan ini berdiri tanpa sokongan kewangan dan dana daripada
kerajaan dan mendapat sumbangan daripada orang awam. Pertubuhan ini ditubuhkan
atas nama kemanusiaan dan insan yang berbakti secara sukarela tidak
mengharapkan ganjaran. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood merupakan presiden MERCY
Malaysia dan pertubuhan ini ditubuhkan berikutan perang di Kosovo. Walaupun
beliau pernah ditembak ketika membuat misi kemanusiaan, semangat beliau tidak
pernah luntur untuk membantu mangsa-mangsa ynag mengalami musibah. Namun
malangnya, pertubuhan ini kurang diminati oleh golongan remaja walaupun
peranannya sangat besar. Oleh itu, langka-langkah sewajarnya perlu diambil.
Kepentingan menyertai kegiatan sukarelawan ialah remaja dapat
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Remaja semestinya tahu bahawa ilmu
tidak diperoleh hanya di bilik kuliah atau kelas semata-mata. Ilmu itu luas
seperti lautan. Ilmu juga dapat diperolehi melalui pengalaman dan penglibatan dalam
kegiatan kemanusiaan. Contohnya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sering
terlibat dalam membantu mangsa dalam bencana alam seperti banjir. Ahli JPAM
amat diperlukan untuk membawa mangsa-mangsa banjir ke tempat yang selamat.
Mereka harus mengorbankan nyawa mereka sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang
lain. Mereka juga akan menyediakn bantuan dari segi makanan, selimut dan
lain-lain kepada mangsa. Pengetahuan yang mereka dapat boleh mereka manfaatkan
jika kejadian bencana alam berulang lagi. Usaha mereka sewajarnya dihargai dan
layak di beri pingat keberanian kerana sanggup berkorban nyawa untuk
menyelamatkan orang lain. Jadi, pengalaman ynag diperoleh tidak dapat ditukar
ganti dengan wang ringgit.
Selain itu, remaja digalakkan menyertai kegiatan kesukarelawan
untuk mengelakkan daripada terjebak dengan gejala negatif. Jika kita lihat
senario pada hari ini, ramai golongan remaja terlibat dengan gejala negatif
seperti lumba haram, lepak, vandalisme, ponteng dan pelbagai lagi aktiviti ynag
tidak sihat. Aktiviti tidak sihat seperti ini boleh menghakis moral dan
kesantunan remaja sekalian. Alangkah baiknya jika mereka menyertai kegiatan
kesukarelawan. Kudrat remaja yang kuat amat diperlukan dalam pertubuhan
sukarelawan kerana kebanyakan ahli-ahli pertubuhan merupakan golongan yang
berumur lingkungan 40 keatas dan semestinya kudrat mereka tidak sekuat golongan
remaja. Remaja juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
serta dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang menyertai
aktiviti seperti ini akan dapat membuka minda tentang kehidupan orang yang di
timpa musibah dan dapat melahirkan rasa simpati dan empati. Dengan itu, remaja
dapat menjadi contoh kepada rakan sebaya yang lain.
Remaja dapat mengasah bakat kepimpinan dengan menyertai aktivi
kesukarelawan. Aktiviti ini juga penting untuk membentuk jati diri dan
persiapan untuk kerjaya pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan
generasi muda gagal berkomunikasi dengan baik di khalayak ramai. Mereka gagal
untuk meyakinkan orang lain dan orang lain juga susah untuk memberi sesuatu
amanah atau tanggungjawab kepadanya. Apabila golongan remaja ini menyertai
aktiviti kesukarelawan mereka sebenarnya terdedah kepada suasana luar yang
terarah kepada kehidupan sebenar atau realiti kehidupan. Secara tidak langsung
golongan remaja ini dapat melatih diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang
lain dan dapat membina keyakinan diri. Jika mereka berkeyakinan, mereka boleh
memimpin sesuatu organisasi atau kumpulan yang ditubuhkan serta dapat membuta
keputusan dengan tepat. Jadi, remaja yang berkeyakinan ialah remaja yang boleh
memimpin.
Di samping kepentingan menyerti kegiatan kesukarelawan, terdapat
beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menarik minat remaja meyertai
aktiviti ini. Kerajaan boleh menubuhkan skuad muda melalui kerjasama dengan
kementerian pendidikan dan pertubuhan sukarelawan yang terdapat di malaysia.
Pihak sekolah khususnya boleh menubuhkan kelab skuad muda untuk memberi peluang
kepada pelajar untuk berbakti kepada orang yang mengalami kesusahan. Guru-guru
boleh menggalakkan para pelajar meyertai kelab ini dengan menerangkan
kepentingan meyertai kelab seperti ini. Terdapat pelbgai aktiviti yang boleh
dilakukan oleh kelab ini antaranya melawat persatuann MERCY malaysia, memberi
bantuan kepada mangsa bencana alam di tempat yang berdekatan dengan tempat
tinggal mereka. Aktiviti seperti ini dapat menunjukkan suasana dan realiti
sebenar tentang aktiviti kesukarelawan. Jadi, golongan pelajar juga boleh
membantu dalam aktiviti kesukarelawan dan bukanya ahli sukarela sahaja.
Seterusnya, sumbangan dana kepada penbangunan bidang
kesukarelawan oleh orang awam atau kerajaan. Walaupun pertubuhan kesukarelawn
ini bukannya organisasi kerajaan tapi kita mestilah saling membantu untuk
kesejahteraan rakyat. Jika tiada dana atau sumbangan, sesuatu organisasi itu
susah untuk bergerak kerana organisasi terbabit memerlukan dana untuk membeli
keperluan untuk mangsa-mangsa bencana alam. Hal ini demikian kerana bencana
yang terjadi akan berlaku tanpa kita sedari bak kata pepatah malang tidak
berbau. Jika berlaku bencan alam, mangsa-mangsa tidak akan sempat untuk
menyelamatkan apa-apa, namun mereka dinasihati supaya berjaga- jaga. Contohnya,
kawasan yang sering berlaku banjir sentiasaa dinasihati supaya bersedia dan
pastikan dokumen penting dibawa bersama ketika menyelamatkan diri. Oleh itu, sumbangan
dan dana amat penting untuk memastikan kelancaran sesuatu organisasi.
Tuntasnya, kegiatan kesukarelawan ini amat penting bukan sahaja
di dalam Malaysia bahkan di seluruh dunia. Kita harus sedar bahawa Persatuan
MERcy malaysia merupakan persatuan
sekarelawan pertama yang sampai di acheh ketika bencana tsunami berlaku di
sana. Ini menunjukkan bahawa rakyat malaysia merupakan rakyat yang prihatin dan
sedia membantu tanpa mengira negara. Misi kemanusiaan lain seperti di iran,
afghanistan, kosovo dan sudan merupakan misi kemanusiaan ynag diterajui oleh
seorang wanita ynaag tidaak pernah mengenalm erti putus asa dan sentiasa
berkobar-kobar untuk menyelamatkan mangsa-mangsa bencana. Oleh itu, negara kita
memerlukan golongan remaja iaitu aset negara untuk menerajui persatuan tersebut
atau menubuhkan persatuan sukarelawan lain dan meneruskan kegemilangan ynag
telah dikecapi. Jadi golongan remaja harus menggenggam bara api biar sampai
jadi arang untuk meneruskan kegiatan kesukarelawan dan bukannya hanya
hangat-hangat tahi ayam.