Sektor pertanian
merupakan salah satu sektor yang penting ynag mendapat tumpuan dalam
perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahan
mentah kepada penduduk di dunia. Di Malaysia, sektor pertanian amat penting dan
meyumbang lima peratus kapada pendapatan kasar negara. Hal ini dapat membantu
meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat membantu ekonomi
negara kita. Sektor pertanian di Malaysia berfungsi sebagai pembekal sumber
makanan kepada seluruh penduduk di Malaysia. Namun begitu kita masih lagi
mengimport tenaga asing dalam sektor perladangan dan di
sektor lain. Ramai dalam kalangan masyarakat kita masih tidak peduli
tentang sektor pertanian ini, padahal sektor ini mempunyai potensi yang besar
untuk di majukan.
Masalah
sektor ini belum dapat dimajukan ialah negara kita kekurangan tenaga kerja
mahir dan separa mahir. Hal ini demikian kerana ramai ramai golongan muda
terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk mempelajari dan
menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah
panas terik matahari dan lebih mementingkan keselesaan diri sendiri serta
berminat untuk makan gaji. Namun demikian golongan ini kurang meneroka untuk
mengaplikasikan apa yang mereka pelajari itu denagn sektor pertanian. Sebagai
contoh, pelajar yang mengambil jurusan sains boleh menggabungkan bidang sains
dan pertanian untuk menghasilkan satu bidang pertanian ynag lebih moden iaitu
bioteknologi. Golongan ini jugaharus menyedari bahawa sekarang ini sektor
pertanian di dominasi oleh golongan tua dan ini menyebabkan produktiviti
menjadi rendah. Dengan itu, golongan belia ynag mempunyai banyak kudrat harus
membantu membangunkan sektor ini.
Usaha yang
dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini boleh dilaksanakan dengan
bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani . Kementerian ini
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian termasuk perikanan dan ternakan.
Kementerian ini juga memberi peruntukan yang besar untuk membuat penyelidikan
dalam sektor tertentu. Contohnya, Institut Penyelidikan dan Pembangunan
Pertanian Malaysia (MARDI). Mardi ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan
menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri
pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan
keberkesanan denagn memodenkan sektor pertanian selain membantu meningkatkan
pulangan petani. Selain Mardi, Lembaga
Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor pertanian
khususnya kelapa sawit. MPOB di pertanggungjawabkan untuk meneraju dan
membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama
ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat. Hasil daripada penyelidikan ini juga, penemuan teknologi dan
inovasi baru telah dikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel,
penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Oleh itu, bantu
kementerian ini amat diperlukan.
Seterusnya,
strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahan
pertanian, baja organik serta benih-benih ynag telah diinovasikan untuk
menghasilkan pokok yang bervariasi contohnya orkid. Pameran Pertanian,
Horikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006
(MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo
Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia di (MARDI) Serdang Selangor. Lebih seratus jenis orkid di pamerkan
pada pameran pertanian itu termasuk dua spesis hybrid orkid baru yang
dilancarkan iaitu Dendrobium dan Ascorahnis
. Spesis ini amat cantik dan mempunyai saiz bunga yang lebih besar serta mampu bertahan sehingga tiga
bulan. Dengan adanya pameran seperti ini Malaysia dapat menarik perhatian
sektor pertanian luar negara untuk bersama-sama memajukan bidang pertanian. D
samping itu, pameran ini dapat membantu hubungan dua hala Malaysia dengan
negara lain untuk mengembangkan bidang ynag berkaitan dengan pertanian seperti
perikanan dan ternakan. Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan
sesuatu produk yang lebihlama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buah pisang
ialah buah yang cepat busuk dan tidak
tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan menghasilkan makanan segera seperti
kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran ynag lebih lama
tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu,
para petani yang sedia ada dan yang bakal menceburi bidang ini seharusnya
mempunyai pengetahuan yang tinngi
tentang strategi pemasaran ynag berkasan.
Teknologi moden untuk menggandakan
hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan dengan menggabungkan
teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil sebagai bioteknologi.bioteknologi
menghasilkan manfaat ketara seperti
pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan
racun perosak dan racun herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk meningkatkan
kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Contohnya, kaedah pembiakbakaan yang
sering digunakan dalam menghasilkan kelapa sawit yang lebih berkualiti. Kelapa
sawit sepsis Tenera dihasilkan melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapa sawit
iaitu sepsis dura dan pisifera. Manakala kawalan biologi juga dapat membantu
meningkatkan hasil produk. Kaedah ini sering digunakan di kawasan ladang kelapa
sawit bagi mengawal kerosakan buah oleh
tikus. Mereka lazimnya menggunakan ular atau burung hantu untuk memakan tikus
tersebut. Kaedah ini merupakan kaedah ynag mesra alam dan tidak mencemarkan
alam sekitar kerana tidak melibatkan bahan kimia dan hanya menggunakan sifat
semula jadi haiwan ynag berkenaan. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat
diperlukan dalam dunia yang kian berkembang.
Usaha lain
yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak bank
pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan
projek pertanian mereka. Pinjaman yng dibuat dapat membantu membeli jentera
bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih bermutu .skim pinjaman yang berkadar faedah
rendah perlu disediakan oleh bank,
terutamanya Agrobank untuk pekabun kecil. Sebagai contoh, Agrobank telah
menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia
kepada petani kita untuk mengusahakan industry kecil dan sederhana IKS yang
berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras
semua kerja deras. Dengan adanya skim
mikro, pekebun kecil dapat megusahakan pertanian atau penternakansecara
komersial dan saintifik dan berupaya menjalankan iks.oleh itu, pihak bank
amat membantu dalam mengubah hidup para petani kita.
Tuntasnya,
kata orang tua-tua, genggam bara api biar sapai jadi arang.semua pihak yang
terlibat perlu menggembleng tenaga untuk memajukan sektor ini. ibu bapa harus
memainkan peranan untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bidang pertanian
kepada anak –anak sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga boleh menyemai sikap cinta akan pertanian
dalam diri anak-anak dengan membawa mereka ke pameran pertanian seperti MAHA
yang dijalankan setiap dua tahun untuk memdedahkan anak-anak dalam dunia pertanian
yang menguntungkan. Kita juga harus mengubah persepsi masyarakat kita bahawa bidang
pertanian ini amat menguntungkan dan bukannya memenatkan sahaja..bak kata
pujangga Aminuddin Baki,
ayam dikepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan. Kiasan tersebut
memberikan tamparan pedas
bahawa apa-apa bidang sekalipun jika tidak
diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah hidup kita.