Di Malaysia, industri pelancongan merupakan
salah satu punca pendapatan negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang
asing. Malaysia juga terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan
pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Industri pelancongan Malaysia merekodkan purat kemasukan pelancong asing
sebanyak 2 juta setahun. Oleh itu, terdapat pelbagai usaha yang dapat dilakukan
untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.
Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu
menyediakan prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian
kerana, kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong.
Sebagai contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan kementerian
pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan kadar
yang berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan pula seharusnya
menyediakan penginapan hotel yang selesa dan mengenakan bayaran yang
berpatutan. Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu
pelancong untuk membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka berada di
Malaysia. Dengan itu, imej negara yang baik boleh ditunjukkan kepada pelancong.
Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan
cukai belian barangan , peraturan imegresen perlu dilonggarkan dan menambah
pusat perkhidmatan tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana, pelancong asing
dapat membeli belah di Malaysia dengan pembelajaan yang sederhana. Sebagai
contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang menjadi destinasi
pelbagai peancong dari dalam mahupun luar negara. Di sana , mereka dapat
membeli cenderahati, pinggan mangkuk, kraftangan, dan coklat untuk di bawa
pulang. Dengan itu, pendapatan penduduk setempat bertambah dan mereka dapat
meningkatkan taraf hidup masing-masing.
Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia
boleh bergabung tenaga untuk mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan
di luar negara. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah
dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia yang
berada di luar negara yang melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil
kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan tempat-tempat yang menarik di
Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan banyak
lagi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia memainkan peranan pentinng untuk
memajukan industry pelancongan.
Kesimpulannya, usaha dari semua pihak perlu bagi
meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha
dari satu pihak sahaja tida akan membuahkan hasil, seperti kata pepatah, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi negara yang maju dalam industri
pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan daripada seluruh
rakyat Malaysia.