Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah yang menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
Rangkap diatas merupakan sebahagian daripda lirik lagu
‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara
kita.
Tingkap papan kayu
bersegi,
Sampan sakat ke pulau
angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi budi kerana bahasa.
Bahasa ini dipanggil
dengan pelbagai nama, namun nama yang popular ialah Bahasa Melayu dan Bahasa
Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa Austonesia dan mempunyai kaitan
rapat dengan bahasa – bahasa etnik yang dtuturkan di Nusantara seperti
Malaysia, indonesia, Brunei, Singapura, bahagian selatan Thai dan Filipina
sehinggalah ke Pulau Cristmas di Australia. Di Malaysia, bahasa Malaysia
dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan selepas Malaysia bebas daripada belenggu penjajah selama
beratus tahun lamanya. Bahasa Malaysia telah diiktiraf dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang digunakan
oleh semua masyarakat dalam semua urusan seharian. Dengan itu, terdapat
pelbagai kepentingan bahasa Malaysia kepada negara kita.
Melaka pernah menjadi
saksi bahawa bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa perantaraan atau lebih
dikenali sebagai lingua franca semasa zaman kegemilangannya dahulu. Semasa abad
ke -15, Melaka dijadikan sebagai pusat perdagangandan merupakan pelabuhan
terkenal. Ramai pelancong dari seantero dunia seperti Timur Tengah, Arab,
India, negara-negara Eropah, Jawa , Bugis dan sebagainya daatng untuk berdagang
dan menyebabkan Melaka menjadi sebuah negeri yang mempunyai masyarakat yang
majmuk. Pada masa yang inilah, bahasa malaysia dijadikan sebagai lingua franca
untuk memudahkan komunikasi antara pedagang. Hal ini demikian kerana, bahasa
Malaysia mudah difahami dan bahasa ini juga sebenarnya merupakan bahasa yang
paling banyak meminjam daripada perkataan bahasa lain. Sebagai contohnya,
‘zalim’ , ‘rezeki’ dipinjam daripada bahasa Arab. Jika lingua franca tidak diwujudkan pedagang-pedagang tersebut
tidak akan memahami antara satu sama lain seperti ayam bercakap dengan itik.
Oleh itu, bahasa Malaysia penting dalam mewujudkan persefahaman dalam
masyarakat yang majmuk.
Seterusnya, bahasa sebagai
identiti negara yang seharusnya dibanggakan oleh seluruh rakyat di Malaysia.
Hal ini demikian kerana, melalui bahasa, negara kita terkenal dengan negara
yang berbudi dan berbahasa. Negara kita juga terkenal dengan kepelbagaian etnik
dan budaya serta kaum. Bagaimanakah kaum-kaum
dan etnik-etnik ini disatukan? Mereka disatukan di bawah satu bahasa
yang dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana, tidak kira
berbangsa Cina atau India serta tidak kisah jika kita Orang Asli sekalipun,
apabila kita bernaung di bawah panji Malaysia kita wajar memartabatkan bahasa
dan mengekalkannya supaya bahasa Malaysia tidak hilang di bumi melayu. Jika
kita lihat negara-negara membangun seperti Jepun, Korea, Perancis mereka semua
menggunakan bahasa ibunda mereka untuk memajukan negara mereka sendiri. Jadi
mengapa kita tidak menjadikan mereka sebagai negara yang menjadi role model
untuk kita memajukan Malaysia? Dengan menjadikan negara-negara ini sebagai
inspirasi untuk membangunkan Malaysia , kita mestilah kita mestilah
memartabatkan bahasa Malaysia untuk memajukan Malaysia dengan identiti kita sendiri
supaya kita duduk sama rendah , berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang
maju.
Bahasa sebagai alat
perpaduan merupakan senjata paling ampuh untuk merealisasikan Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh yang
amat berhormat, Perdana Menteri kita yang keenam iaitu Dato Seri Najib Tun
Abdul Razak. Beliau mewujudkan konsep ini kerana, melalui bahasa Malaysia kita
mampu mencapai persefahaman sesama rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum.
Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan yang digunakan sebagai lambang
penyatuan suara rakyat Malaysia yang juga berfungsi sebagai alat untuk
menyatupadukan rakyat. Perpaduan negara kita dapat dilihat di mana-mana sahaja.
Sebagai contohnya, masyarakat Melayu sekarang ramai yanng mengusahakan
perniagaan nasi ayam yang menjadi lambang masyarakat Cina, manakala masyarakat
India juga banyak mengusahakan restoran yang menghidangkan makanan orang Melayu
seperti nasi lemak. Dengan itu, bahasa amat penting untuk menyatukanpadukan
rakyat malaysia agar negara sentiasa aman dan sentosa.
Bahasa Malaysia berperanan
sebagai bahasa penghantar ilmu mengetengahkan penggunaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa penghantar di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda lain seperti
cina dan tamil di sekolah jenis kebangsaan. Selepas negara kita bebas daripada
cengkaman penjajah, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan
dan penggunaannya diluaskan ke peringkat sekolah menengah yang menjadi sekolah
umum yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar rasmi sehingga
ke hari ini.Pelaksanaan Memertabatkan
Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam mata pelajaran Sains
dan Matematik yang telah dijalankann pada awal tahun 2012 telah memperlihatkan
hasil yang baik dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Oleh itu, pelajar khususnya
harus mengangkat bahasa Malaysia ke persada antarabangsa.
Di samping itu, keindahan
bahasa Malaysia dapat dibuktikan dengan keberhasilan menarik minat pelancong
asing untuk datang ke negara kita. Hal ini demikian kerana, terdapat Fakulti
Bahasa Malaysia di luar negara dan mereka yang belajar di fakulti ini dapat
mempelajari tentang keistimewaan bahasa Malaysia serta budaya Malaysia. Pelajar
asing yang mengambil jurusan Linguistik akan minat untuk mengkaji bahasa
Malaysia. Tambahan pula, pertandingan Pidato Antarabangsa yang dianjurkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendapat sambutan yang memberansangkan, dimana
peserta-peserta terdiri daripada beberapa buah negara seperti Korea, Jepun,
Thailand, Canada dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa bahasa Malaysia sudah
mendapat tempat di negara –negara lain dan mampu untuk menarik minat mereka
untuk datang ke Malaysia sama ada untuk melawat atau untuk menyertai
pertandingan yang membolehkan mereka belajar bahasa Malaysia. Oleh itu, bahasa
dapat menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia.
Kesimpulannya, kita
sebagai rakyat Malaysia wajar mengangkat bahasa Malaysia sebagai bahasa yang
boleh memajukan negara. Pelaksanaan MBMMBI juga merupakan satu kemenangan
kepada pejuang-pejuang bahasa yang tidak berputus asa bagi merealisasikan usaha
ini. Semua lapisan masyarakat tidak
mengira umur, bangsa atau kaum harus menyedari hakikat bahawa jika kita hendak
maju seperti negara Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri, kita
harus bermula dari sekarang. Biarpun permulaannya agak perlahan namun jika kita
sentiasa mengamalkannya dan menerajuinya, kita mampu menjadi seperti negara
Jepun bahkan lebih maju daripadanya. Langkah ini diibaratkan seperti bayi yang
baru merangkak hingga menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Adakah kita mampu
melakukannya? Tepuk dada , tanya selera.