Rasuah
merupakan gejala yang sinonium dengan masyarakat kita pada hari ini. Definisi
rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud
wang yang diberikan oleh orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan
sesuatu perkara atau untuk mendapatkan sesuatu denagn cara yang mudah dan cepat
tetapi salah mengikut undang-undang negara. Gejala ini merupakan duri dalam
daging dalam kalangan masyarakat kita. Syed Hussein al atas menyatakan bahawa
rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi. Menurut
Transparency International, Indeks Persepsi Rasuah (CPI), malaysia berada pada
tangga ke 47 daripada 180 buah negara pada tahun 2008 dan keadaan ini amat
membimbangkan kerana gejala rasuah ini memberi kesan yang buruk kepada nama
baik negara kita. Rasuah yang berleluasa juga mencemarkan integriti dan maruah
malaysia sekaligus menimbulkan kesan negatif.
Gejala
rasuah di malaysia berada pada tahap sederhana dan terkawal. Namun begitu,
amalan rasuah masih berlaku dalam semua peringkat kehidupan manusia. Amalan
rasuah juga merupakan penyakit masyarakat yang sukar diatasi kerana pengetahuan
tentang keburukan gejala rasuah ini kurang diketahui oleh masyarakat pada hari
ini. Walau bagaimanapun, masyarakat sekarang yang masih mengamalkan amalan
rasuah ini harus sedar bahawa undang-undang negara kita tidak akan memandang
enteng amalan rasuah ini kerana perkara ini merupakan amalan yang buruk yang
boleh menggugat keamanan dan ketenteraman masyarakat setempat mahupun negara.
Pihak mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang berat kepada pembeeri dan penerima
rasuah jika mereka ditangkap. Statistik terkini menunjukkan bahawa bilangan kes
rasuah yang disiasat meningkat dua kali ganda, daripada 663 kes (2001) kepada
1317 (2006). Bilangan tangkapan juga meningkat dari 318 (2001) kepada 564
(2006). Jika amalan ini masih berterusan, ia dapat menggugat keutuhan
masyarakat dan tidak mustahil suatu hari nanti negara kita akan tergadai.
Setiap
perkara yang berlaku pasti ada puncanya seperti yang nyatakan dalam perumpamaan
melayu, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Salah satu puncanya ialah
kurangnya didikan agama dan moral. Hal ini demikian kerana, pegangan agama yang
kuat mampu membendung gejala ini dan setiap agama juga melarang penganutnya
melakukan sesuatu yang boleh memudarkeluarga, masyarakat dan negara. Orang yang
tidak mempunyai iman yang kuat senang terpengaruh dengan kebendaan dan sering
mengejar kekayaan. Mereka harus sedar
bahawa setiap wang yang dibelanjakan hasil daripada rasuah merupakan wang haram
dan tidak boleh digunakan untuk keperluan harian anak-anak. Hal ini demikian
kerana, dalam agama Islam terutamanya, melarang keras penganutnya melakukan
amalan ini dan jika mereka membeli makanan daripada wang hasil rasuah makanan
itu haram diberikan kepada anak-anak untuk dimakan kerana makanan yang haram
dapat menggelapkan hati manusia. Oleh itu, didikan agama amat penting dan
merupakan asas untuk membendung segala masalah sosial seperti rasuah.
Setiap punca
masalah ynag berlaku pasti ada jalan penyelasaiannya bak kata pepatah di mana
ada kemahuan di situ ada jalan. Jika kita ingin membendung gejala ini, pasti
ada langkahnya. Ibu bapa dan guru perlu menanamkan nilai murni dalam jiwa
setiap anak tentang keburukan rasuah. Hal ini demikian kerana, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sendiri perlulah bersikap jujur kepada diri
sendiri iaitu, ibu bapa sendiri perlulah menjauhi amalan rasuah kerana jika ibu
bapa yang melakukan rasuah dan cuba untuk menasihati anak-anaknya untuk tidak
melakukan perkara itu, nescaya anak itu tidak akan mendengar nasihat ibu
bapanya. Hal ini disebabkan oleh ketidakcekapan ibu bapa untuk menanam atau
memupuk nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Pihak guru juga boleh
berkongsi maklumat terkini tentang gejala rasuah ini kepada pelajar-pelajarnya
sebagai pengetahuan juga sebagai teladan dalam kehidupan seharian. Dengan itu,
kerjasama daripada pihak ibu bapa dan guru boleh melahirkan pelajar yang
mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan benci kepada amalan rasuah.
Kesungguhan
daripada pihak kerajaan untuk membendung amalan ini juga amat penting. Kerajaan
telah menggubal Pelan Integriti Nasional PIN. Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta
dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus
utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat
Malaysi. Institut
Integriti Malaysia (IIM), ditubuhkan sebagai agensi penyelaras dan pemantau
pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Objektif utama IIM ialah untuk
membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati
nilai-nilai murni sejagat. Kedua dua in juga ditubuhkan bertujuan untuk
memberikan kesedaran dan pendidikan tentang keburukan rasuah. Pada tahun 2008,
Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM telah diluluskan di Dewan
Rakyat dan ia bermaksud SPRM diberi kuasa penuh untuk menghapuskan rasuah. Oleh
itu, rasuah merupakan penyakit yang perlu ditangani segera sebelum ia menjadi
lebih serius.
Tuntasnya, semua pihak tidak kira pangkat atau
harta, mestilah bersatu dan menggembleng tenaga untuk memeastikan rasuah gejala
yang berjangkit ini dapat diatasi. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Rasuah juga terjadi disebabkan faktor
dalaman dan luaran. Rasuah juga berlaku di mana-mana sahaja tanpa batas waktu
dan tempat. Pihak berkuasa terutamanya perlu mengelakkan diri daripada terlibat
dengan gejala ini kerana umum diketahui, ramai pihak berkuasa menerima rasuah
dan tidak amanah melaksanaknan tugas dan tanggungjawab. Harapan saya agar
amalan rasuah ini dapat dibanteras hingga ke akar umbi. Tindakan yang diambil
hendaklah saksama dan bukan sekadar terhadap golongan “ikan bilis” tetapi juga
terhadap golongan atasan. Mereka yang bersalah wajar dikenakan hukuman yang
berat kerana telah mereka telah menconteng arang kepada negara kita.