Kempen gaya hidup sihat telah lama dilaksanakan oleh
kerajaan dan kementerian kesihatan malaysia. Namun demikian masih ramai lagi di
antara rakyat malaysia yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Rakyat di
negara kita terdedah denagn pelbagai masalah kesihatan seperti masalah obesiti,
diabetes, darah tinggi , strok dan lain-lain. Penyakit ini akan menyerang
mereka yang kureang peka denagn amalan gaya hidup sihat.. Jika kita lihat
senario pada hari ini, banyak berita tentang obesiti kanak-kanak, diabetes
kanak-kanak mahupun dewasa dan sebagainya terpampamg di dada-dada akhbar.
Mengapa hal ini berlaku? Ramai ibu bapa yang kurang prihatin tentang amalan
gaya hidup sihat, mereka membiarkan anak-anak mereka dan mungkin diri mereka
sendiri makan tanpa kawalan dan mengikut kehendak anak-anak. Hal ini akan
menyebabkan seseorang itu boleh menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes,
penyakit jantung dan sebagainya. Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk
melaksanakan kempen gaya hidup sihat.
Riadah setiap hari merupakan salah satu cara gaya hidup
sihat. Hal ini demikian kerana, badan sihat otak cergas. Jika kita melakukan
riadah, badan kita akan mengeluarkan peluh ynag mengandungi toksik yang
merupakan mracun dalam badan kita.kurang senaman dalam kehidupan seharian kita
akan menyebabkan kita berasa lesu dan tidak bermaya, malah otak kita tidak
mampu untuk berfikir dengan kreatif dan kritis. Riadah tidak semestinya kita
perlu ke taman atau ke pusat gimnasium, kita juga boleh beriadah di rumah .
Bagi golongan ibu yang tdak bekerja boleh melakukan riadah ketika melakukan
kerja-kerja rumah kerana iadah merupakan latihan yang melibatkan gerak badan.
Bagi golonan yang bekerja, mereka mungkin tiada masa untuk beriadah atau
bersenam, jadi mereka boleh mencari alternatif lain untuk beriadah di tempat
kerja. Contohnya, seperti menggunakan tangga untuk naik dan turun. Aktiviti ini
dapat menguatkan jantung kita.oleh itu, riadah amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Seterusnya, kita mesti mengamalkan makanan seimbang untuk
menjaga kesihatan diri. Pemakanan yang seimbang amat penting bagi mengekalkan
gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana,
jika kita makan makanan ynag tidak seimbang, kita boleh menghidap
pelbagai jenis penyakit seperti sembelit, penyakit jantung, diabetes, kadar
kolesterol tinggi ynag boleh menyebabkan strok, obesiti dan sebagainya. Makanan
seimbang bereti makanan yang mempnyai semua keperluan untuk badan mengikut
kadar tertentu. Kadar pengambilan makanan juga mesti di ambil kira kerana
setiap peringkat umur memerlukan kadar makanan yang berbeza. Ibu bapa perlu
memastikan anak-anak mereka mengambil makanan yang seimbang sejak kecil lagi.
Ibu bapa juga perlu mengurangkan tabiat anak-anak ynag suka makan makanan
segera seperti kfc, mc donalds dan sebagainya. Makanan segera seperti ini
mempunyai banyak kandungan lemak dan bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh
kita. Ibu sebagai suri rumah juga digalakkan memasak untuk keluarga bagi
memeastikan pengambilan makanan seimbang. Jadi, makanan seimbang merupakan elemen penting dalam kempen gaya hidup sihat.
Selain itu, kita perlu mengelakkan amalan merokok dan
minuman keras. Hal ini demikian kerana, rokok merupakan pembunuh secara senyap
dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti, kanser mulut, kanser
paru-paru, kerosakan hati dan sebagainya. Masalah kesihatan ini juga mungkin
dihidapi oleh seseorang terhidu bau asap rokok. Bak kata pepatah, ibarat telur
sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Jika
lihat anak- anak muda kini sering terlibat dengan gejala merokok tanpa
mengira usia. Mereka rela menahan lapar untuk menyimpan duit yang dibekalkan
oleh ibu bapa untuk membeli sebatang rokok. Tindakan mereka tidak wajar kerana
telah menggunakan kebaikan ibu bapa untuk membeli benda yang terlarang bagi
mereka. Arak atau minnuman keras dilarang sama sekali dalam agama islam. Arak
dikatakan dapat menjejaskan kewarasan akal dan kesihatan tubuh badan. Arak juga
dikatakan ibu segala kejahatan kerana apabila kita telah mengambil arak fikiran
kita tidak berfikir dengan betul dan
kita lebih mengikut perasaan dan nafsu sendiri. Banyak kes kemalangan
ynag berlaku disebabkan oleh pemandu dibawah pengaruh alkohol. Oleh itu, kita
perlu menjauhi amalan merokok dan minuman keras.
Tuntasnya,usaha semua pihak amat diperlukan dalam memastikan
kempen gaya hidup sihat ini dapat dijalankan dengan efisien supaya masyarakat
malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kita perlu melakukan riadah yang
merupakan terapi untuk tekanan kerja dan otak. Kita perlu ingat bahawa untuk
bekerja kita memerlukan tubuh badan dan fikiran yang cerdas. Pemakanan seimbang
membantu kita untuk kekal bertenaga dan mampu bekerja untuk mencari rezeki.
Amalan merokok perlu dijauhi bagi memastikan kesejahteraan hidup. Mereka yang
merokok sebenarnya sedang membahayakan
nyawa anak-anak dan isteri mereka tanpa mereka sedari. Mereka harus
ingat bahawa, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tabiat mereka mungkin
akan diikuti oleh anak-anak mereka kelak. Anak anak mereka merupakan aest
negara dan perlu dipelihara. Kempen ini tidak akan berjaya tanpa pengorbanan kerana tiada kejayaan
semanis madu jika tiada pengorbanan sepahit hempedu.