Thursday 27 February 2014

USAHA-USAHA MENINGKATKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Industri pelancongan Malaysia merekodkan purat kemasukan pelancong asing sebanyak 2 juta setahun. Oleh itu, terdapat pelbagai usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.

Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana, kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan kadar yang berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan pula seharusnya menyediakan penginapan hotel yang selesa dan mengenakan bayaran yang berpatutan. Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu pelancong untuk membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka berada di Malaysia. Dengan itu, imej negara yang baik boleh ditunjukkan kepada pelancong.

Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan , peraturan imegresen perlu dilonggarkan dan menambah pusat perkhidmatan tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana, pelancong asing dapat membeli belah di Malaysia dengan pembelajaan yang sederhana. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang menjadi destinasi pelbagai peancong dari dalam mahupun luar negara. Di sana , mereka dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk, kraftangan, dan coklat untuk di bawa pulang. Dengan itu, pendapatan penduduk setempat bertambah dan mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar negara. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan banyak lagi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia memainkan peranan pentinng untuk memajukan industry pelancongan.


Kesimpulannya, usaha dari semua pihak perlu bagi meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha dari satu pihak sahaja tida akan membuahkan hasil, seperti kata pepatah, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi negara yang maju dalam industri pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Monday 3 February 2014

KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN KEPADA NEGARA

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah yang menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa

Rangkap diatas merupakan sebahagian daripda lirik lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat ke pulau angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi budi kerana bahasa.

Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang popular ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa Austonesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa – bahasa etnik yang dtuturkan di Nusantara seperti Malaysia, indonesia, Brunei, Singapura, bahagian selatan Thai dan Filipina sehinggalah ke Pulau Cristmas di Australia. Di Malaysia, bahasa Malaysia dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan selepas Malaysia  bebas daripada belenggu penjajah selama beratus tahun lamanya. Bahasa Malaysia telah diiktiraf dalam Perkara 152  (1) Perlembagaan Persekutuan yang digunakan oleh semua masyarakat dalam semua urusan seharian. Dengan itu, terdapat pelbagai kepentingan bahasa Malaysia kepada negara kita.


Melaka pernah menjadi saksi bahawa bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa perantaraan atau lebih dikenali sebagai lingua franca semasa zaman kegemilangannya dahulu. Semasa abad ke -15, Melaka dijadikan sebagai pusat perdagangandan merupakan pelabuhan terkenal. Ramai pelancong dari seantero dunia seperti Timur Tengah, Arab, India, negara-negara Eropah, Jawa , Bugis dan sebagainya daatng untuk berdagang dan menyebabkan Melaka menjadi sebuah negeri yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Pada masa yang inilah, bahasa malaysia dijadikan sebagai lingua franca untuk memudahkan komunikasi antara pedagang. Hal ini demikian kerana, bahasa Malaysia mudah difahami dan bahasa ini juga sebenarnya merupakan bahasa yang paling banyak meminjam daripada perkataan bahasa lain. Sebagai contohnya, ‘zalim’ , ‘rezeki’ dipinjam daripada bahasa Arab. Jika lingua franca  tidak diwujudkan pedagang-pedagang tersebut tidak akan memahami antara satu sama lain seperti ayam bercakap dengan itik. Oleh itu, bahasa Malaysia penting dalam mewujudkan persefahaman dalam masyarakat yang majmuk.


Seterusnya, bahasa sebagai identiti negara yang seharusnya dibanggakan oleh seluruh rakyat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, melalui bahasa, negara kita terkenal dengan negara yang berbudi dan berbahasa. Negara kita juga terkenal dengan kepelbagaian etnik dan budaya serta kaum. Bagaimanakah kaum-kaum  dan etnik-etnik ini disatukan? Mereka disatukan di bawah satu bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana, tidak kira berbangsa Cina atau India serta tidak kisah jika kita Orang Asli sekalipun, apabila kita bernaung di bawah panji Malaysia kita wajar memartabatkan bahasa dan mengekalkannya supaya bahasa Malaysia tidak hilang di bumi melayu. Jika kita lihat negara-negara membangun seperti Jepun, Korea, Perancis mereka semua menggunakan bahasa ibunda mereka untuk memajukan negara mereka sendiri. Jadi mengapa kita tidak menjadikan mereka sebagai negara yang menjadi role model untuk kita memajukan Malaysia? Dengan menjadikan negara-negara ini sebagai inspirasi untuk membangunkan Malaysia , kita mestilah kita mestilah memartabatkan bahasa Malaysia untuk memajukan Malaysia dengan identiti kita sendiri supaya kita duduk sama rendah , berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang maju.


Bahasa sebagai alat perpaduan merupakan senjata paling ampuh untuk merealisasikan  Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh yang amat berhormat, Perdana Menteri kita yang keenam iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau mewujudkan konsep ini kerana, melalui bahasa Malaysia kita mampu mencapai persefahaman sesama rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum. Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan yang digunakan sebagai lambang penyatuan suara rakyat Malaysia yang juga berfungsi sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat. Perpaduan negara kita dapat dilihat di mana-mana sahaja. Sebagai contohnya, masyarakat Melayu sekarang ramai yanng mengusahakan perniagaan nasi ayam yang menjadi lambang masyarakat Cina, manakala masyarakat India juga banyak mengusahakan restoran yang menghidangkan makanan orang Melayu seperti nasi lemak. Dengan itu, bahasa amat penting untuk menyatukanpadukan rakyat malaysia agar negara sentiasa aman dan sentosa.


Bahasa Malaysia berperanan sebagai bahasa penghantar ilmu mengetengahkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda lain seperti cina dan tamil di sekolah jenis kebangsaan. Selepas negara kita bebas daripada cengkaman penjajah, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaannya diluaskan ke peringkat sekolah menengah yang menjadi sekolah umum yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar rasmi sehingga ke hari ini.Pelaksanaan  Memertabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang telah dijalankann pada awal tahun 2012 telah memperlihatkan hasil yang baik dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Oleh itu, pelajar khususnya harus mengangkat bahasa Malaysia ke persada antarabangsa.


Di samping itu, keindahan bahasa Malaysia dapat dibuktikan dengan keberhasilan menarik minat pelancong asing untuk datang ke negara kita. Hal ini demikian kerana, terdapat Fakulti Bahasa Malaysia di luar negara dan mereka yang belajar di fakulti ini dapat mempelajari tentang keistimewaan bahasa Malaysia serta budaya Malaysia. Pelajar asing yang mengambil jurusan Linguistik akan minat untuk mengkaji bahasa Malaysia. Tambahan pula, pertandingan Pidato Antarabangsa yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendapat sambutan yang memberansangkan, dimana peserta-peserta terdiri daripada beberapa buah negara seperti Korea, Jepun, Thailand, Canada dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa bahasa Malaysia sudah mendapat tempat di negara –negara lain dan mampu untuk menarik minat mereka untuk datang ke Malaysia sama ada untuk melawat atau untuk menyertai pertandingan yang membolehkan mereka belajar bahasa Malaysia. Oleh itu, bahasa dapat menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia.



Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia wajar mengangkat bahasa Malaysia sebagai bahasa yang boleh memajukan negara. Pelaksanaan MBMMBI juga merupakan satu kemenangan kepada pejuang-pejuang bahasa yang tidak berputus asa bagi merealisasikan usaha ini. Semua  lapisan masyarakat tidak mengira umur, bangsa atau kaum harus menyedari hakikat bahawa jika kita hendak maju seperti negara Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri, kita harus bermula dari sekarang. Biarpun permulaannya agak perlahan namun jika kita sentiasa mengamalkannya dan menerajuinya, kita mampu menjadi seperti negara Jepun bahkan lebih maju daripadanya. Langkah ini diibaratkan seperti bayi yang baru merangkak hingga menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Adakah kita mampu melakukannya? Tepuk dada , tanya selera.