Sunday 27 October 2013

KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT

Kempen gaya hidup sihat telah lama dilaksanakan oleh kerajaan dan kementerian kesihatan malaysia. Namun demikian masih ramai lagi di antara rakyat malaysia yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Rakyat di negara kita terdedah denagn pelbagai masalah kesihatan seperti masalah obesiti, diabetes, darah tinggi , strok dan lain-lain. Penyakit ini akan menyerang mereka yang kureang peka denagn amalan gaya hidup sihat.. Jika kita lihat senario pada hari ini, banyak berita tentang obesiti kanak-kanak, diabetes kanak-kanak mahupun dewasa dan sebagainya terpampamg di dada-dada akhbar. Mengapa hal ini berlaku? Ramai ibu bapa yang kurang prihatin tentang amalan gaya hidup sihat, mereka membiarkan anak-anak mereka dan mungkin diri mereka sendiri makan tanpa kawalan dan mengikut kehendak anak-anak. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu boleh menghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung dan sebagainya. Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk melaksanakan kempen gaya hidup sihat.

Riadah setiap hari merupakan salah satu cara gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana, badan sihat otak cergas. Jika kita melakukan riadah, badan kita akan mengeluarkan peluh ynag mengandungi toksik yang merupakan mracun dalam badan kita.kurang senaman dalam kehidupan seharian kita akan menyebabkan kita berasa lesu dan tidak bermaya, malah otak kita tidak mampu untuk berfikir dengan kreatif dan kritis. Riadah tidak semestinya kita perlu ke taman atau ke pusat gimnasium, kita juga boleh beriadah di rumah . Bagi golongan ibu yang tdak bekerja boleh melakukan riadah ketika melakukan kerja-kerja rumah kerana iadah merupakan latihan yang melibatkan gerak badan. Bagi golonan yang bekerja, mereka mungkin tiada masa untuk beriadah atau bersenam, jadi mereka boleh mencari alternatif lain untuk beriadah di tempat kerja. Contohnya, seperti menggunakan tangga untuk naik dan turun. Aktiviti ini dapat menguatkan jantung kita.oleh itu, riadah amat penting dalam  kehidupan seharian kita.

Seterusnya, kita mesti mengamalkan makanan seimbang untuk menjaga kesihatan diri. Pemakanan yang seimbang amat penting bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana,  jika kita makan makanan ynag tidak seimbang, kita boleh menghidap pelbagai jenis penyakit seperti sembelit, penyakit jantung, diabetes, kadar kolesterol tinggi ynag boleh menyebabkan strok, obesiti dan sebagainya. Makanan seimbang bereti makanan yang mempnyai semua keperluan untuk badan mengikut kadar tertentu. Kadar pengambilan makanan juga mesti di ambil kira kerana setiap peringkat umur memerlukan kadar makanan yang berbeza. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mengambil makanan yang seimbang sejak kecil lagi. Ibu bapa juga perlu mengurangkan tabiat anak-anak ynag suka makan makanan segera seperti kfc, mc donalds dan sebagainya. Makanan segera seperti ini mempunyai banyak kandungan lemak dan bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh kita. Ibu sebagai suri rumah juga digalakkan memasak untuk keluarga bagi memeastikan pengambilan makanan seimbang. Jadi, makanan seimbang merupakan  elemen penting dalam kempen gaya hidup sihat.

Selain itu, kita perlu mengelakkan amalan merokok dan minuman keras. Hal ini demikian kerana, rokok merupakan pembunuh secara senyap dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti, kanser mulut, kanser paru-paru, kerosakan hati dan sebagainya. Masalah kesihatan ini juga mungkin dihidapi oleh seseorang terhidu bau asap rokok. Bak kata pepatah, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Jika  lihat anak- anak muda kini sering terlibat dengan gejala merokok tanpa mengira usia. Mereka rela menahan lapar untuk menyimpan duit yang dibekalkan oleh ibu bapa untuk membeli sebatang rokok. Tindakan mereka tidak wajar kerana telah menggunakan kebaikan ibu bapa untuk membeli benda yang terlarang bagi mereka. Arak atau minnuman keras dilarang sama sekali dalam agama islam. Arak dikatakan dapat menjejaskan kewarasan akal dan kesihatan tubuh badan. Arak juga dikatakan ibu segala kejahatan kerana apabila kita telah mengambil arak fikiran kita tidak berfikir dengan betul dan  kita lebih mengikut perasaan dan nafsu sendiri. Banyak kes kemalangan ynag berlaku disebabkan oleh pemandu dibawah pengaruh alkohol. Oleh itu, kita perlu menjauhi amalan merokok dan minuman keras.

Tuntasnya,usaha semua pihak amat diperlukan dalam memastikan kempen gaya hidup sihat ini dapat dijalankan dengan efisien supaya masyarakat malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kita perlu melakukan riadah yang merupakan terapi untuk tekanan kerja dan otak. Kita perlu ingat bahawa untuk bekerja kita memerlukan tubuh badan dan fikiran yang cerdas. Pemakanan seimbang membantu kita untuk kekal bertenaga dan mampu bekerja untuk mencari rezeki. Amalan merokok perlu dijauhi bagi memastikan kesejahteraan hidup. Mereka yang merokok sebenarnya sedang membahayakan  nyawa anak-anak dan isteri mereka tanpa mereka sedari. Mereka harus ingat bahawa, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tabiat mereka mungkin akan diikuti oleh anak-anak mereka kelak. Anak anak mereka merupakan aest negara dan perlu dipelihara. Kempen ini tidak akan berjaya  tanpa pengorbanan kerana tiada kejayaan semanis madu jika tiada pengorbanan sepahit hempedu.