Sunday 18 August 2013

KEPENTINGAN MEMPELAJARI MATAPELAJARAN SEJARAH

Mata pelajaran Sejarah sering dikatakan susah oleh para pelajar masa kini. Mereka tidak memahami bahawa Sejarah amat penting untuk masa dpan negara.Jadi mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah mereka pasti mengulangi kesilapan orang kita pada masa dahulu. Dengan mempelajari sejarah kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan dan sebagainya. Setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan negara malaysia itu sendiri kerana ini merupakan sejarah negara kita.oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah.

   Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu merupakan kepentingan mempelajari Sejarah. Hal ini demikian kerana, mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan mengulangnya dan membawa kepada kejatuhan negara. Memetik kata-kata ahli falsafah george santayana mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya. Kesilapan orang terdahulu sewajarnya diambil berat dan bukannya dipandang enteng sahaja kerana kesannya amat menyakitkan. Buktinya pada zaman pendudukan jepun orang kita terdahulu hidup terseksa dan di bunuh tanpa belas kasihan akibat mempercayai janji palsu jepun. Oleh itu, kita wajar mengambil iktibar daripada peritiwa lalu.
     
Selain itu, mempelajari sejarah dapat menimbulkan rasa patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, jika kita lihat senario pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Akibat daripada itu semangat patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Sambutan hari kemerdekaan juga sering tidak diendahkan oleh para remaja hari ini kerana mereka menganggap sambutan itu tidak mendatangkan apa –apa faedah sedangkan sambutan itu wajib diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang tanah air. Mereka harus sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara kita.nama mereka sentiasa meniti di bibir pejuang negara kerana harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.

    Seterusnya, kita dapat menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat. Negara kita ibarat pokok dan rakyat kita ibarat akar. pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara kita. Jika rakyat bersatu padu, negara kita akan aman dan stabil, maka, perpaduan dapat dikekalkan. Negara kita penah mencatatkan sejarah hitam selepas merdeka iaitu tragedi persalahfahaman antara kaum pada 13 mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa dan perpaduan negara pada masa itu ibarat telur di hujung tanduk. Selepas terjadinya peristiwa hitam itu, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa perpaduan antara kaum itu dipelihara agar tragedi itu tidak berulang kembali.

Tuntasnya, kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah negara amat penting dalam pembentukan masyarakat yang sentiasa menghayati dan menghargai  jasa-jasa pejuang tanah air yang berjuang untuk kebebasan kita pada hari ini. Jadi, pelajar terutamanya  tidak sewajarnya mengeluh untuk mempelajari matapelajaran kerana di dalamnya terkandung 1001 iktibar, teladan serta pengajaran untuk pedoman hidup